Allah Memampukan Siapa Yang Mahu,
Allah Memanggil Siapa Yang Rindu.
El Izzah Travel & Tours Sdn Bhd (1007647-V) adalah sebuah Syarikat Sendirian Berhad. Ditubuhkan pada 27 Jun 2012 dan dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera.
El Izzah Travel & Tours Sdn Bhd (1007647-V) ditubuhkan untuk menjalankan Pakej Perjalanan Domestik dan Luar Negara, khususnya Umrah dan Haji serta Pelancongan di Bumi Anbia'.
El Izzah Travel & Tours Sdn Bhd (1007647-V) akan mengekalkan reputasi sebagai syarikat perkhidmatan pelancongan terbaik dan akhirnya dipercayai oleh semua.
Pelbagai rancangan jangka pendek dan jangka panjang syarikat telah digariskan sejak awal penubuhan bagi memastikan kelancaran operasi pengendali pelancongan serta berkembang dan setanding dengan syarikat-syarikat yang telah maju.
Antara rancangan syarikat termasuk mempelbagaikan jualan tiket penerbangan, menguruskan bas pelancongan sendiri dan perkhidmatan sewa pandu sendiri serta membuka pejabat cawangan dan wakil promosi untuk meluaskan pemasaran, menjadikan El Izzah Travel & Tours Sdn Bhd (1007647-V) sebagai salah satu agensi pelancongan terkemuka.
Semua rancangan dan usaha kami untuk menyokong industri ini hanya akan direalisasikan dengan sokongan daripada pelanggan-pelanggan kami.
Syarikat pelancongan Muslim dengan kepakaran, khususnya dalam ibadah umrah.
Menjamin setiap jemaah mendapat kesempurnaan dalam ibadah umrah.
Membimbing jemaah dari A-Z melalui pemimpin yang terpilih dan terlatih, yang akan membawa kenangan indah sepanjang hayat.
Menyelamatkan seramai mungkin jemaah umrah untuk mendapatkan ibadah umrah yang sempurna melalui pakej yang mampu milik serta bersikap jujur dan memberikan kesan yang mendalam dalam jiwa jemaah.
Pemimpin Pengembaraan Pilihan Muslim Dengan Bimbingan Yang Sempurna Dan Menerapkan Kenangan Indah Sepanjang Hayat.