Tiada Had Umur Yang Ditetapkan.Β
Bagi Musim 1441H , Kerajaan Arab Saudi telah membenarkan wanita tanpa mahram (45 tahun kebawah) menunaikan ibadah umrah dengan menggunakan visa pelancong (Tourist Visa). Kelulusan tertakluk kepada peraturan terkini Arab Saudi.
Namun demikian, kami menyarankan Jemaah wanita pergi bersama mahram (jika ada) atau pergi bersama βthiqahβ (kumpulan wanita yang dipercayai).
Nota : Bagi wanita berusia 45 tahun dan keatas boleh menggunakan Visa Umrah tanpa perlu ada mahram.Β
PENDAFTARAN UMRAH
1. Salinan Kad Pengenalan
2. Bayaran Deposit minima RM 1000.00
DOKUMEN
Hendaklah diserahkan dalam tempoh 45-60 hari sebelum tarikh berlepas.
1. Pasport AntarabangsaΒ
Tarikh tamat sah laku selama 1 tahun dari tarikh berlepas dan mempunyai tiga (3) mukasurat kosong
2. Buku Suntikan
Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135) Vaccine
3. Gambar Visa
4 KepingΒ
Saiz 4cm x 6cm
Berlatarbelakang putih.
Wanita - Bertudung Gelap
Lelaki - Tanpa Kopiah
**Lain lain dokumen ( tertakluk kepada peraturan β peraturan Kerajaan Arab Saudi)
Kesemua vaksin (Pfizer, Moderna, Astrazeneca, Johnson & Johnson, Sinopharm dan Sinovac) telah diterima, namun begitu jemaah perlu melengkapkan dengan dos ketiga iaitu suntikan penggalak (booster) dari mana-mana vaksin yang disenaraikan.
Nota : Sekiranya jemaah tidak boleh disuntik atas faktor kesihatan sila kemukakan surat pengesahan yang dikeluarkan oleh doktor yang merawat.Β
Ya. Wajib. Bakal Jemaah umrah juga dinasihatkan untuk mengambil vaksin tambahan pneumococcal dan influenza.
Tiada caj tersembunyi. Harga pakej hanya akan berubah selaras dengan perubahan harga tiket penerbangan, surcaj bahan api, perubahan jenis penginapan, perubahan kadar pertukaran matawang dan penguatkuasaan peraturan baru Kerajaan Saudi / Malaysia dengan atau tanpa notis.
Kos pembatalan akan dikenakan mengikut peraturan Akta Industri Pelancongan 1992.
**Rujuk terma dan syarat
Kursus umrah disediakan oleh El Izzah secara percuma dan terbuka serta dibimbing oleh ustaz yang berpengalaman. Anda boleh berhubung dengan HQ atau ejen yang telah anda daftarkan umrah untuk maklumat lanjut.
Ya boleh dengan tambahan kos. Pilihan bilik bermula dari bilik berdua sehingga bilik berlima.
Makanan di hotel Mekkah dan Madinah disediakan secara bufet.Β
Nusuk adalah aplikasi untuk mendapatkan kebenaran dan memilih masa yang bersesuaian untuk melakukan ibadah umrah dan ziarah raudah.
Ya. Jemaah umrah perlu memuatnaik aplikasi tersebut sebelum tiba di Arab Saudi dan akan dibantu oleh Mutawif/Mutawifah kami yang akan ada bersama dalam rombongan. Jemaah perlu membawa telefon pintar bersama.
Kanak-kanak bawah 5 tahun boleh buat umrah, tetapi perlukan bimbingan penuh daripada ibu bapa dan umrah itu tidak menggugurkan fardu apabila dewasa.
Butiran Permohonan Nusuk Bagi Kanak-Kanak
1. Umur Minimum Dibenarkan Masuk ke Masjidil Haram
Umur minimum : 5 tahun ke atas (boleh berubah ikut SOP semasa Arab Saudi)
Kanak-kanak di bawah umur ini mungkin tidak dibenarkan masuk ke kawasan ibadah utama (Tawaf/Saβi) bergantung pada arahan semasa
2. Jika kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas
Akaun penjaga (ayah/ibu) perlu buat tempahan di Nusuk dan tambah anak sebagai 'dependent'.
Tempahan boleh dibuat untuk satu keluarga dalam satu slot masa.
3. Jika bawah 5 tahun
Tidak perlu buat tempahan sendiri dalam aplikasi Nusuk.
Mungkin boleh masuk dengan penjaga sekiranya SOP semasa membenarkan.
TAPI: Tetap tertakluk pada pengesahan pengawal Masjidil Haram.
β οΈ Nota: Peraturan umur ini boleh berubah dari semasa ke semasa β bergantung kepada Kementerian Haji & Umrah Arab Saudi.
Boleh, tetapi tertakluk kepada kekosongan dan penyusunan daripada Pihak Hotel.
Malaysia Airlines
30kg (kelas ekonomi)
40kg (kelas perniagaan)
Saudi Airlines
β23kg x 2 beg (kelas ekonomi)
32kg x 2 beg (kelas perniagaan)
Anda dibenarkan untuk membawa hanya satu buah beg kabin, berat tidak melebihi 7kg
Tidak, Harga pakej adalah bermula dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA),Β Sekiranya jemaah memerlukan penerbangan domestik dari negeri masing-masing boleh maklumkan kepada staf dengan bayaran tambahan.
Boleh disediakan atas permintaan dengan kos tambahan.
Khas Untuk Orang Johor ! Bas Percuma dari Johor Ke KLIA
**Ini kerana HQ berada di Johor
Usia kandungan dibawah 7 bulan dan perlu mendapatkan surat pelepasan doktor. Jemaah perlu menyertakan surat akuan risiko atas tanggungan sendiri.
Ya. Semua pemegang Visa Pelancong (Tourist Visa) ke Arab Saudi secara automatik akan diberi polisi insurans perubatan yang termasuk dalam permohonan visa.
β οΈ Insurans ini TIDAK sama seperti insurans pelancongan penuh seperti yang dibeli dari Malaysia.
Boleh rujuk brosur untuk mengetahui pilihan pakej yang di pilih fullboard, halfboard atau breakfast only. Sekiranya pakej yang dipilih hanya menyediakan breakfast only, jemaah boleh membuat permintaan untuk makan tengahari dan makan malam dengan bayaran tambahan.
Ya termasuk sekali dalam pakej. 1 hari bermalam di Taif.
Digalakkan membeli simkad Saudi atau menggunakan wifi yang ada. Pengaktifan roaming kadang-kadang agak mahal berbanding penggunaan simkad Saudi.
Jemaah perlu ditemani oleh ahli keluarga
Jemaah perlu dapatkan laporan kesihatan terkini dan dapatkan jadual dialisi dari pegawai perubatan.
Jemaah perlu bersedia sebanyak RM4000 untuk membayar kos dialisis di Hospital Swasta/ Hospital Kerajaan sekiranya perlu.
Jika kos kurang dari RM4000 pihak El Izzah akan memulangkan semula baki.
Dapatkan surat pengesahan daripada doktor dan serahkan satu Salinan kepada pihak El Izzah.
Asingkan ubat ubatan yang perlu digunakan semasa dalam penerbangan.
Lebihan ubatan yang tidak digunakan boleh disimpan dalam beg bagasi
KEPERLUAN AM
Pasport
Telefon pintar (wajib muat turun apps Nusuk)
Rekod Vaksin
Gambar berukuran pasport bersaiz 4 cm x 6 cm
Duit
Nombor telefon dan alamat
Ubat-ubatan
Surat pengesahan doktor (untuk individu dengan masalah kesihatan)
Vitamin C
Gunting lipat tahalul (kecil)
Kayu sugi (miswak)
Selipar getah
Sejadah
Tali pinggang/beg pinggang
Sabun tanpa wangian
Botol penyembur (untuk mengambil wudhu)
Power bank
KHUSUS UNTUK LELAKI
Kain Ihram
Pakaian yang selesa
Pakaian dalamΒ
KHUSUS UNTUK WANITA
Skarf/Hijab
Pakaian yang selesa
Anak tudung
Pengikat/klip rambut
Beg kecil/dompet
Tuala wanita/pad
Pin
Pakaian dalam
Stokin
Peraturan terkini Arab Saudi membenarkan jemaah menggunakan Visa Umrah dan Visa Pelancong, Penerbangan dari Jeddah dan Madinah untuk membawa pulang air zam-zam. (update 18 Mei 2023)
Sebarang Peraturan adalah mengikut ketetapan terkini Pihak Berkuasa Arab Saudi
Pembantu rumah (Maid) mestilah majikan ikut serta
Permit kerja sah laku 6 bulan
Nama bapa terdapat dalam pasport / nama disahkan / diperakui di Kedutaan.
Surat kebenaran dari majikan
Surat PR (Public Relation) asal dan salinan
Surat kebenaran dari majikan (company letter head)
Nota : Syarat di atas adalah tertakluk kepada perubahan semasa
Bergantung pada pakej, boleh rujuk detail pakej sama ada termasuk kereta api atau tidak. Harga tambahan untuk kereta api bagi tempat duduk Kelas Ekonomi adalah RM375
Buggy/ Electric Cart
Umrah : SR 200
Saie Sahaja : SR 100
Tawaf Sahaja : SR 100
Wheelchair
Umrah : SR 200
Saie Sahaja : SR 75
Tawaf Sahaja : SR 125
Proses pembelian secara online, jadi mohon sediakan wang secukupnya.
Wheelchair ini yg berada di Masjidilharam sahaja. Jadi jemaah akan berjalan kaki separuh masuk Masjid, baru naik wheelchair untuk buat Umrah.