8 Hari 6 Malam
TIKET PERGI & BALIK
BERAT BAGASI 20 KG
HOTEL
MAKAN
TIPPING
BULLET TRAIN
PERHENTIAN KEDAI PELANCONGAN
INSURANS
PERBELAJAAN PERIBADI
LAWATAN LUAR JADUAL
Berkumpul di KLIA2 untuk penerbangan ke Kunming.
Tiba di Kunming pada awal pagi. Daftar masuk hotel dan berehat.
Sarapan pagi di hotel.
Bertolak ke Dali.
Makan tengah hari dalam perjalanan dan solat di Masjid Nanmen.
Lawatan ke Bandar Lama Dali dan makan malam di restoran tempatan.
Daftar masuk hotel dan bermalam di Dali.
Sarapan di hotel.
Lawatan ke Dali Santorini dengan menaiki buggy (hidangan ringan buah-buahan disediakan).
Bertolak ke Lijiang.
Makan tengah hari dalam perjalanan.
Lawatan ke Perkampungan Muslim dan solat di masjid.
Melawat keluarga Muslim dan aktiviti DIY membuat snek tradisional “Milk Fan”.
Makan malam di restoran tempatan.
Daftar masuk hotel dan bermalam di Lijiang.
Sarapan di hotel.
Lawatan ke Jade Dragon Snow Mountain (perjalanan pergi balik dengan menaiki big cable car). Kemudian menaiki buggy ke Lembah Bulan Biru (Blue Moon Valley).
Saksikan persembahan budaya tempatan “Impression Lijiang”secara langsung.
Makan tengah hari berbungkus disediakan.
Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di Lijiang.
Nota:
Tiada makanan halal di Jade Dragon Snow Mountain. Makanan berbungkus akan disediakan.
Sarapan di hotel.
Lawatan ke Tiger Leaping Gorge (menggunakan lif).
Lawatan ke Bandar Lama Lijiang dan Square Street.
Makan tengah hari dan makan malam di restoran tempatan.
Bermalam di Lijiang.
Sarapan di hotel.
Bertolak ke stesen kereta api untuk menaiki kereta api laju (bullet train) ke Kunming.
Tiba di Kunming, makan tengah hari dan solat.
Lawatan ke Kedai Sutera dan Pasar Borong Luosiwan (Luosiwan Wholesale Market).
Makan malam dan daftar masuk hotel.
Sarapan di hotel.
Lawatan ke Stone Forest (menaiki buggy).
Lawatan ke Kilang Astaxanthin.
Makan tengah hari dan solat di Masjid Shuncheng.
Bersiar-siar di Shuncheng Shopping Street, lalu di Golden Horse and Jade Rooseter Archways.
Makan malam di restoran tempatan dan lawatan ke Nanqiang Night Market.
Persediaan untuk ke lapangan terbang.
Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan tamat.
📌 NOTA PENTING:
Mabuk Gunung:
Jade Dragon Snow Mountain berada pada ketinggian 5,596 meter, dan Taman Glasier pada 4,506 meter. Terdapatnya risiko untuk mengalami mabuk gunung. Gejala mabuk termasuk sakit kepala, loya, pening, dan keletihan. Jika anda mula merasai mana-mana tanda ini, adalah penting untuk turun tanpa berlengah-lengah.
Mabuk gunung boleh menyerang sesiapa sahaja malah kepada pengembara yang lasak sekalipun. Adalah disyorkan untuk membawa tong oksigen mudah alih bersama anda sebagai langkah berjaga-jaga terhadap mabuk gunung. Ia boleh diperoleh dari pasar raya tempatan atau di stesen cable car sebelum pendakian anda.
Sediakan pakaian tebal dan sarung tangan tugas berat untuk mengatasi suhu sejuk di altitud gunung yang tinggi.
Perlindungan mata: Digalakkan untuk membawa cermin mata hitam untuk melindungi mata daripada sinaran UV.