9 Hari 7 Malam
TOUR GUIDE (ENGLISH)
VISA ETA
HOTEL
MAKAN SARAPAN
CUKAI BANDAR
TRANSPORT SEPANJANG LAWATAN
AIR MINERAL DALAM BAS
FERI MERENTAS SELAT INGGERIS
INSURANS PERJALANAN
PERBELANJAAN PERIBADI
MAKAN TENGAH HARI & MALAM
RM 9,838
Dewasa (Bilik Seorang)
RM 11,558
Bayi
RM 1,500
Kanak-kanak (Tanpa Katil)
RM 7,628
Kanak-kanak (Dengan Katil)
RM 8,978
Child Twin Sharing
RM 9,838
Setibanya di London, bertemu dengan pemandu pelancong anda dan terus ke Istana Windsor, kediaman rasmi keluarga diraja British.
Bergambar di luar atau pilih lawatan ke dalam untuk meneroka keindahan istana diraja ini.
Seterusnya ke Bicester Village Outlet, syurga membeli-belah jenama mewah dengan harga diskaun.
Selepas sesi membeli-belah, kembali ke London untuk makan malam dan daftar masuk hotel untuk bermalam.
Hotel: International Wembley atau setaraf
Mulakan hari dengan lawatan bandar London yang merangkumi mercu tanda ikonik seperti Big Ben, Istana Buckingham (berpeluang melihat pertukaran pengawal), Westminster Abbey, Trafalgar Square dan Bangunan Parlimen.
Lalui Downing Street, Katedral St. Paul, dan Menara London.
Petang bebas untuk membeli-belah di Oxford Street atau lawatan pilihan ke Madame Tussauds.
Masa lapang pada waktu malam sebelum bermalam di London.
Hotel: International Wembley atau setaraf
Sarapan pagi dan bertolak ke Pelabuhan Dover untuk menaiki feri merentasi Selat Inggeris ke Calais, Perancis.
Kemudian terus ke Brussels, Belgium.
Setibanya di sana, lawati tarikan terkenal seperti Grand Place dan patung Manneken Pis.
Bermalam di Brussels.
Hotel: Best Western atau setaraf
Bertolak dari Brussels ke Zaanse Schans, sebuah perkampungan Belanda yang mempamerkan kincir angin tradisional, bengkel kasut kayu dan rumah pembuatan keju.
Terus ke Amsterdam dan lawati kawasan Damrak yang terkenal dengan terusan dan deretan kedai.
Anda juga boleh memilih pelayaran terusan di Amsterdam.
Bermalam di Amsterdam.
Hotel: Ibis Styles Almere atau setaraf
Selepas sarapan, lawati Roermond Designer Outlet yang menawarkan jenama terkenal dengan harga diskaun.
Kemudian terus ke Düsseldorf, Jerman untuk lawatan bandar ke Königsallee, Rhine Promenade, dan Bandar Lama (Altstadt).
Bermalam di Düsseldorf.
Hotel: Holiday Inn Express atau setaraf
Bertolak ke Luxembourg, sebuah negara kecil yang kaya dengan seni bina zaman pertengahan.
Lawati Place d’Armes, Katedral Notre-Dame, dan Jambatan Adolphe.
Seterusnya, terus ke Paris dan daftar masuk hotel untuk bermalam.
Hotel: Ibis Bobigny atau setaraf
Mulakan lawatan bandar Paris dengan bergambar di Menara Eiffel, kemudian lawati Arc de Triomphe, Champs-Élysées, dan Place de la Concorde.
Lalui Muzium Louvre, Palais Garnier, dan Katedral Notre-Dame.
Petang bebas untuk membeli-belah di Galeries Lafayette atau menyertai pelayaran di Sungai Seine.
Masa lapang pada waktu malam sebelum bermalam di Paris.
Hotel: Ibis Bobigny atau setaraf
Sarapan pagi dan masa lapang untuk membeli-belah atau bersiar-siar sebelum ke lapangan terbang bagi penerbangan pulang.
Tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan manis, Alhamdulillah.