Syarikat menawarkan dua (2) jenis visa kepada pelanggan iaitu:
- VISA PELANCONG
- VISA UMRAH
Pelanggan diberi pilihan antara kedua-dua visa diatas, tetapi keutamaan syarikat adalah kepada Visa Pelancong
Bagi pelanggan yang telah mempunyai visa dan belum tamat tempoh pada tarikh penerbangan, penolakan sebanyak RM500 akan diberikan.
Bagi alumni El Izzah Travel yang telah mempunyai visa dan belum tamat tempoh pada tarikh penerbangan, penolakan sebanyak RM1000 akan diberikan.
Jika pelanggan bukan warganegara visa yang digunakan adalah Visa Umrah dan dikenakan cas sebanyak RM800.
Tidak Perlu Biometrik untuk pengesahan.
Tempoh sah visa 365 hari.
Tempoh berada di Arab Saudi 90 hari.
Kemasukan ke Arab Saudi Berulang Kali.
Kemudahan perubatan kecemasan untuk kes-kes tertentu. (Kemungkinan perlu menanggung sendiri kos perubatan).
Tempoh slot Raudhah melalui Aplikasi Nusuk.
Air Zam-Zam (Mengikut ketetapan dari Pihak Saudi)
Perlu Biometrik untuk pengesahan.
Tempoh sah visa 90 hari atau mengikut tarikh yang tertera di dalam visa.
Tempoh berada di Arab Saudi 90 hari atau mengikut tarikh yang tertera di dalam visa.
Kemasukan ke Arab Saudi Hanya Sekali.
Kemudahan Perkhidmatan di Hospital Kerajaan Arab Saudi.
Tempoh slot Raudhah melalui Aplikasi Nusuk. (Berpeluang untuk memasuki Raudhah 2 kali. Tertakluk kepada kekosongan slot).
Dibenarkan membawa pulang Air Zam-Zam.
Pihak El Izzah Travel & Tours berbesar hati untuk memberi hadiah percuma kepada semua pelanggan termasuk pelanggan kanak-kanak yang berusia atas 2 tahun.
Barangan hadiah yang El Izzah tawarkan adalah yang berkualiti, cantik dan berbaloi untuk para jemaah yang sangat kami hargai. Barangan hadiah tersebut terdiri daripada:
Beg Bagasi 24"
Beg Sling
Uncang Kasut
Beg Telekung
Buku Panduan
Buku Yassin
Tag Beg
Botol Wuduk
Hanya Pesakit Dialisis Darah sahaja dibenarkan menunaikan Ibadah Umrah
Telah mendapat Surat Pengesahan dari Doktor dan Dokumen Dialisis yang terkini 3 bulan akhir sebelum penerbangan
Menyediakan 3 Salinan Dokumen Jadual Rawatan Dialisis (1 salinan diserahkan kepada HQ, 1 salinan diserahkan kepada Mutawif/Mutawifah Bertugas, 1 salinan dibawa sendiri oleh Pesakit semasa di Mekah & Madinah)
Dialisis hanya dijalankan di Hospital Swasta Mekah dan Madinah sahaja. Hospital Kerajaan hanya diutamakan untuk Rakyat Arab Saudi sahaja
Rawatan Dialisis akan mengambil masa sekitar 6 hingga 10 jam bergantung kepada giliran pesakit
Menyediakan Kos Dialisis sebanyak RM4,000.00 (tidak termasuk Pakej Umrah). Kos ini termasuk pengangkutan dari Hotel ke Hospital Swasta Mekah dan Madinah, Kos Rawatan Dialisis Hospital Swasta Mekah dan Madinah dan Kos Petugas mengiringi pesakit
Baki akan dipulangkan kepada Jemaah tersebut. Setiap kali selesai rawatan akan diberitahu jumlah kos yang telah digunakan
Sehari sebelum tunaikan Ibadah Umrah diwajibkan menjalani Dialisis di Malaysia
Jemaah tidak boleh menuntut apa-apa kerugian kerana terpaksa tinggalkan Aktiviti Ziarah Mekah dan Madinah untuk jalani Rawatan Dialisis
Tempahan hanya boleh dibuat selepas tiket ekonomi dikeluarkan.
Tertakluk kepada kekosongan semasa.
Bayaran penuh harga tambahan perlu dibuat ketika permohonan naik taraf, selewatnya 45 hari sebelum penerbangan.
Tempahan hanya sah selama 1 jam sahaja. Sekiranya tiada pembayaran dibuat, tempahan perlu dibuat semula tertakluk kepada kokosongan semasa.
Sekiranya tiada tiket kelas perniagaan ketika penerbangan pergi dan balik, pelanggan dicadangkan mengambil kelas ekonomi sahaja atau menukar tarikh penerbangan yang ada kelas perniagaan
Harga tertakluk kepada perubahan semasa syarikat penerbangan.
Harga tiket kelas perniaagan adalah berbeza mengikut jenis penerbangan, boleh rujuk pada HQ.