8 Hari 6 Malam
1 TOUR GUIDE
TIKET PERGI & BALIK
HOTEL
MAKAN
TIPPING
BERAT BAGASI 23 KG
INSURANS
PERBELAJAAN PERIBADI
Berkumpul di Lapangan Terbang Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Uzbekistan. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent, teruskan dengan makan malam dan daftar masuk hotel.
Penginapan di Tashkent: Azimut Hotel (4⭐ tempatan) atau setaraf.
Lawatan bandar Tashkent bermula dengan kawasan lama yang merangkumi Muzium Al-Quran Usmani dan Kompleks Khast Imam yang menempatkan Quran Usmani – naskhah Quran tertua di dunia sejak abad ke-8.
Waktu bebas untuk membeli-belah di Bazaar Chorsu. Selepas makan tengah hari, bertolak ke Samarkand dengan kereta api laju selama lebih kurang 2 jam 30 minit. (Jika tiket kereta api habis, perjalanan akan diganti dengan bas).
Penginapan di Samarkand: Konstantin Plaza Hotel (4⭐ tempatan) atau setaraf.
Lawatan ke Makam Ruhobod dan Makam Guri Amir – makam penakluk Mongol Timur abad ke-14.
Kemudian lawatan ke Necropolis Shohi Zinda. Selepas makan tengah hari, lawatan ke Registan Square (pandangan luar) dan Masjid Bibi Khanum.
Waktu bebas untuk membeli-belah di Siyob Bazaar.
Penginapan di Samarkand: Konstantin Plaza Hotel (4⭐ tempatan) atau setaraf.
Pagi bertolak ke Bukhara. Tiba dan makan tengah hari, lawatan ke bandar lama Bukhara.
Teruskan lawatan ke makam Bahaouddin Naqshbandiy dan Abu Hafsi Kabir.
Penginapan di Bukhara: Turon City Plaza Hotel (4⭐ tempatan) atau setaraf.
Lawatan ke Makam Ismail Somoniy. Seterusnya ke Chashma Ayub (Telaga Nabi Ayub) dan Masjid Bolo-Hauz yang mempunyai 40 tiang.
Lawatan luar ke Citadel Ark, kubu tertua sejak abad ke-4 yang pernah menjadi istana kepada beberapa dinasti.
Akhiri hari di Kompleks Poi Kalon – gabungan seni bina termasuk Minaret Kalon, Masjid Kalon dan Madrasah Mir Arab.
Waktu bebas untuk membeli-belah di Trading Domes.
Penginapan di Bukhara: Turon City Plaza Hotel (4⭐ tempatan) atau setaraf.
Naik kereta api laju selama 4 jam ke Tashkent. Setibanya, lawatan ke Magic City – taman hiburan moden.
Selepas makan malam, daftar masuk hotel.
Penginapan di Tashkent: Azimut Hotel (4⭐ tempatan) atau setaraf.
Naik kereta kabel untuk menikmati pemandangan Gunung Chimgan dan berhenti bergambar di Tasik Charvak.
Malamnya bertolak ke Lapangan Terbang Tashkent untuk penerbangan pulang.
Tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan indah dari Uzbekistan.
Alhamdulillah, selamat pulang.
📌 NOTA PENTING:
Aturcara dan penginapan tertakluk kepada perubahan jika hotel penuh, cuaca tidak mengizinkan, kesesakan jalan raya atau faktor luar jangka.