7 Hari 5 Malam
MALAYSIA AIRLINES
Fullboard
7 Hari 5 Malam
MALAYSIA AIRLINES
Fullboard
7 Hari 5 Malam
MALAYSIA AIRLINES
Fullboard
7 Hari 5 Malam
MALAYSIA AIRLINES
Fullboard
7 Hari 5 Malam
JANUARI
24 Jan - 30 Jan
RM 4,799
(KASHMIR + AGRA)
FEBUARI
3 Feb - 9 Feb
RM 4,790
(KASHMIR + AGRA)
8 Feb - 14 Feb
RM 4,488
10 Feb - 16 Feb
RM 4,488
APRIL
10 Apr - 16 Apr
RM 4,388
12 Apr - 18 Apr
RM 4,388
16 Apr - 22 Apr
RM 4,388
19 Apr - 25 Apr
RM 4,388
1 TOUR GUIDE
TIKET
PERGI & BALIK
HOTEL
MAKAN
TIPPING
TIKET MASUK LOKASI ZIARAH
Jika ada katil harga dewasa
Berkumpul 3 jam sebelum penerbangan di pintu 2 Klia 1.
Check in dan terus ke ruang menunggu.
Penerbangan mengambil masa lebih kurang 6 jam.
Sampai di Amritsar urusan imigresen dan ambil bagasi.
Terus transfer di transit hotel.
Selepas sarapan pagi terus ke airport untik mengambil penerbangan ke Srinagar.
Penerbangan memgambil masa hanya 45 min. Sampai di Srinagar terus dibawa makan tengahari.
Selepas makan tengahari kita terus ke Pahalgam. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kita akan berhenti di Saffron Valley dan juga kedai menjual dryfruits. Di sini walnut segar boleh kita dapati dengan harga murah.
Selepas itu kita akan berhenti di Apple Valley untuk mengambil gambar dan anda juga boleh minum Apple jus dengan harga Rp50 sahaja.
Kita juga akan berhenti di beberapa point untuk mengambil gambar.
Sampai di Pahalgam aktiviti bebas sebelum makan malam disediakan di hotel.
Selesai sarapan check out.
Sesiapa yang ingin menunggang kuda kita akan hantar ke point kuda. Anda akan dapat melihat Baisaran Valley atau lebih dikenali sebagai Mini Switzerland. Bayaran untuk kuda di sini RP2000.
Bagi yang tidak mahu menunggang kuda anda akan dibawa ke Betab Valley. Di sini anda juga boleh menaiki kuda dengan jarak yang agak dekat. Atau anda boleh menikmati pemandangan dan ber OOTD.
Setelah selesai kita akan makan tengahari dan kemudian terus pulang ke Srinagar.
Di Srinagar anda akan di bawa ke Nishat Garden iaitu salah satu taman yang terbesar dan terkenal di Kashmir dan juga kita akan melawat White Mosque masjid yang terbesar di Srinagat.
Setelah itu terus check in houseboat. Makan malam dan acara bebas.
Selesai sarapan terus check out.
Kita akan memulakan perjalanan ke Sonamarg yang mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit.
Sepanjang perjalanan anda dapat saksikan kampung kampung dan juga sungai sungai yang amat cantik.
Kita akan berhenti di View Point untuk mengambil gambar. Setelah itu kita lanjutkan perjalanan ke Sonamarg.
Tiba di Sonamarg kita akan makan tengahari.
Selepas makan tengahari anda semua akan dibawa menaiki kuda ke Tajiwas Glacier iaitu tempat bersalji sepanjang tahun dan di sini adalah salah satu tempat pengambaran cerita filem Bhairaji Baijan.Pengembaraan ini memakan masa 2 jam lebih.
Sesudah selesai kita akan pulang ke Srinagar. Kita akan berhenti di Mario Souviner Shop untuk membeli cenderahati sebagai kenang kenangan.
Tiba di hotel makan malam dan check in. Acara bebas
Selesai sarapan di hotel kita akan check out dan memulakan perjalanan ke Gulmarg yang memakan masa lebih kurang 2 jam.
Sampai di Gulmarg kita akan berjalan lebih kurang 900 meter untuk ke cable car station.
Anda juga boleh memilih untuk menaiki ATV (optional).
Jika anda menaiki Atv anda akan dibawa mengelilingi lembah Gulmarg sekitar 1 jam.
Setelah sampai di station kita akan menaiki cable car sekitar 10 min untuk ke puncak.
Di sini anda boleh mengambil gambar dan juga boleh menaiki kuda.
Setelah puas kita akan turun semula ke bawah dan makan tengahari. Setelah itu pulang semula ke Srinagar.
Di perjalanan kita akan singgah di tempat pembuatan karpet. Karpet karpet di sini sangatlah berkualiti dan bermutu tinggi.
Sampai di Srinagar kita akan menaiki sampan selama 1 jam di Dal Lake sambil menikmati sunset.
Setelah itu terus pulang ke hotel dan makan malam. Acara bebas
Sarapan dan terus ke airport ke airport untuk mengambil penerbangan ke Amritsar.
Sampai di Amritsar kita terus menuju ke Golden Temple iaitu Holy Place untuk orang singh.
Jika anda tidak mahu masuk ke dalam inilah masanya anda boleh melontar buat kali terakhir sebelum pulang kerana di sini terdapat ratusan kedai yang menawarkan pelbagai souvenir atau pakaian.
Setelah selesai kita akan singgah solat di masjid sebelum ke Wargah Border untuk menyaksikan parade antara tentera India dan tentera Pakistan.
Kemudian terus dihantar ke airport untuk mengambil pesawat pulang ke Kuala Lumpur.
Flight dijangka pada pukul 11.30 malam waktu tempatan.
Dijangka tiba di Kiala Lumpur pada pukul 07.35 pagi. Selamat pulang ke tanahair.