TENTANG SYARIKAT

Latar belakang Syarikat

El Izzah Travel & Tours Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat perlancongan muslim 100% milikan bumiputera. Syarikat kami telah bertapak di Simpang Renggam, Johor sudah lebih dari enam tahun. Setakat ini, syarikat kami sudah pun mempunyai lebih dari empat buah cawangan di seluruh Malaysia iaitu di Kota Tinggi, Bandar Baru Bangi, Sungai Petani dan juga di Kuantan. Syarikat kami menawarkan pakej mengerjakan ibadah umrah dengan harga mampu milik dan menjamin umrah yang sempurna kepada jemaah-jemaah kami.

Misi

  1. Syarikat perniagaan pelancongan muslim yang mempunyai kepakaran, terutamanya dalam pengurusan ibadah umrah.
  2. Memberi jaminan kepada setiap jemaah mendapat kesempurnaan dalam ibadah umrah.
  3. Membimbing jemaah A-Z melalui mutawwif terpilih dan terlatih yang akan menggamit memori indah sepanjang hayat.
  4. Menyelamatkan seramai mungkin jemaah umrah agar mendapat ibadah umrah yang sempurna melalui pakej mampu dan diyakini jujur serta memberi kesan dalam jiwa jemaah.

Visi

Peneraju solusi pengembaraan pilihan muslim dengan bimbingan sempurna dan menggamit memori indah sepanjang hayat.