TERMA & SYARAT

1.  PAKEJ UMRAH ANDA TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi.
  • Cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
  • Permohonan visa umrah tertakluk kepada kelulusan kerajaan Arab Saudi, tetapi TIDAK termasuk proses mengendors dokumentasi permohonan di Jabatan Pendaftaran Dokumen dan Kementerian Luar Wisma Putera.
  • Penginapan, makan dan minum seperti yang dinyatakan di dalam surat pengesahan  atucara terakhir.
  • Segala lawatan di dalam surat pengesahan atucara (kecuali ziarah pilihan).
  • Beg bagasi 24 inci, beg silang, uncang kasut & buku panduan umrah (TIDAK boleh dikembalikan).
  • Pelan Takaful berkelompok bagi kemalangan (jemaah) KECUALI tambahan RM75 untuk jemaah berumur 65 tahun ke atas.
  • Tertakluk kepada pihak berkuasa Arab Saudi, setiap jemaah akan menerima 5 LITER air zam-zam secara PERCUMA. Walaubagaimanapun El Izzah Travel & Tours TIDAK boleh dipertanggungjawabkan untuk menggantikan sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan air zam-zam di atas apa-apa alasan sepanjang perjalanan dari Tanah Suci ke Malaysia.

 

  1. PAKEJ UMRAH ANDA TIDAK TERMASUK
  • Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (porter) dan di hotel.
  • Penggantian bagasi/barangan peribadi yang hilang di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan lebihan timbangan bagasi.
  • Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
  • Tambahan caj visa bagi jemaah BUKAN warganegara Malaysia.
  • Makan/minum semasa transit melainkan dinyatakan.
  • Bagi pakej Umrah Ziarah, TIDAKtermasuk caj transit visa (tertakluk kepada arahan pihak berkuasa tempatan).
  • Fee visa SAR 2000 sekiranya dikenakan.

 

  1. PEMBATALAN/SURCAJ PEMBATALAN PAKEJ
  • Permohonan pembatalan tertakluk kepada perkara 2.1dan 3.2.2 Jadual Keempat Akta Industri Perlancongan 1992 seperti berikut:

PERKARA 3.2.1

Pembatalan 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbitran minimum sebanyak RM30 atau 2% daripada tambang pelan (mengikut mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan.

 

PERKARA 3.2.2

22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas : Perlucutan deposit perlancongan.

15-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas : 35% daripada tambang perlancongan.

08-14 hari berkerja sebelum tarikh berlepas : 50% daripada tambang perlancongan.

03-07 hari bekerja sebelum tarikh berlepas : 75% daripada tambang perlancongan.

02 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas : 100% daripada tambang perlancongan.

 

  1. CAJ TAMBAHAN JIKA PERLU
  • Bayaran visa penuh, sekiranya urusan visa telah dibuat.
  • Bayaran RM200 sekiranya beg atau buku panduan umrah TIDAK dipulangkan dalam keaadaan asal semasa ia diserahkan.
  1. SYARAT DAN TERMA TAMBAHAN EL IZZAH TRAVEL AND TOURS SDN. BHD.

Klasifikasi penginapan

  • Taraf bintang hotel yang dinyatakan dalam mana-mana iklan, brosur atau surat menyurat daripada El Izzah Travel & Tours Sdn. Bhd. adalah pentarafan yang diberikan oleh pihak hotel tersebut kepada El Izzah Travel & Tours Sdn. Bhd. sebagai rujukan sahaja. Pentarafan hotel dan jumlah bintang mungkin berbeza dari satu negara ke negara yang lain. El Izzah Travel & Tours Sdn. Bhd. TIDAK boleh memberi sebarang jaminan tentang kesesuaian hotel tersebut mengira pentarafan hotel seperti yang diiklankan. Anda TIDAK boleh membatalkan pakej anda di atas alasan kekhilafan pentadbiran hotel.

Perubahan Hotel

  • El Izzah Travel & Tours Sdn. Bhd. berhak untuk mengubah hotel yang dinyatakan dalam brosur atau surat pengesahan pakej di atas sebab-sebab tiada kekosongan atau masalah kerosakan bilik dengan syarat notis awal dimaklumkan  kepada anda sekurang-kurangnya 24 jam dari tarikh masuk ke hotel tersebut. Sekiranya berlaku, El Izzah Travel And Tours Sdn. Bhd. TIDAK boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi sebarang masalah yang timbul akibat dari penggatian hotel penginapan tersebut.

Polisi hotel

  • Polisi mengenai waktu kemasukan (check-in) dan keluar (check-out) hotel penginapan adalah BERBEZA mengikut polisi hotel berkenaan. El Izzah Travel And Tours Sdn. Bhd. TIDAK boleh dipertanggungjawabkan atau menaggung liabiliti kesusahan yang anda alami akibat dari kuatkuasa polisi check-in dan check-out hotel berkenaan.

Jenis dan klasifikasi bilik

  • Jenis dan klasifikasi bilik  termasuk amenity (kemudahan) yang disediakan di dalam bilik tersebut adalah berbeza mengikut hotel dan negara destinasi. El Izzah Travel And Tours Sdn. Bhd. TIDAK memberi jaminan bahawa bilik penginapan anda akan sama seperti yang digambarkan dalam iklan atau brosur kami. El Izzah Travel & Tours Sdn. Bhd. TIDAK boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti kesusahan yang anda alami akibat dari perbezaan jenis dan klasifikasi bilik yang anda terima atau disebabkan oleh kekurangan ameniti yang ada di dalam bilik tersebut.

Caj tambahan

  • Caj tambahan akan dikenakan kepada jemaah sekiranya jemaah mengubah susunan bilik yang telah ditetapkan oleh syarikat dan menyebabkan berlaku penambahan biik.
  1. ATUCARA PAKEJ

Tiada jaminan kesesuaian atucara

  • Walaupun El Izzah Travel & Tours Sdn. Bhd. berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, El Izzah Travel And Tours Sdn. Bhd. TIDAK memberi jaminan bahawa semua atucara yang disediakan adalah TIDAK berisiko dan sesuai untuk semua peringkat umur atau individu yang mempunyai rekod kesihatan yang kurang baik. El Izzah Travel And Tours Sdn. Bhd. TIDAK boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti sekiranya timbul sebarang masalah kesakitan, kecelakaan atau kematian akibat dari mana-mana bahagian atucara pakej yang anda ikuti samada atucara pilihan anda sendiri. Anda adalah dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan diri dan mengamalkan sikap berhati-hati sepanjang mengikuti pakej El Izzah Travel And Tours Sdn. Bhd.

Kemungkinan pertukaran atucara

  • Tertakluk kepada peraturan 9 jadual Keempat Akta Industri Perlancongan 1992, sekiranya berlaku pertukaran atucara dan El Izzah Travel And Tours Sdn. Bhd. terpaksa mengadakan atucara alternatif tersebut menyamai kos atau mempunyai nilai yang serupa dengan atucara asal yang diganti.
  1. PERLINDUNGAN INSURANS PERJALANAN TAMBAHAN
  • El Izzah Travel And Tours Sdn. Bhd. hanya menyediakan perlindungan Takaful berkelompok yang TERHAD seperti yang dinyatakan dalam brosur. Sepertimana peruntukan peraturan 12 jadual Keempat Akta Industri Perlancongan 1992, anda adalah sangat disarankan untuk mengambil insuran perjalanan tambahan untuk melindungi perjalanan anda. Anda BEBAS memilih syarikat insurans yang bersesuaian dengan keperluan anda dan jenis perlindungan yang terbaik untuk diri anda.
  • Apabila anda memilih untuk Tidak mengambil insurans perjalanan tambahan, ianya bermaksud anda telah mengetahui dan BERSETUJU untuk menerima liabiliti dan risiko penalti pembatalan, gantirugi dan perbelanjaan tambahan di luar jangkaan tersebut tetapi TIDAK terhad kepada perbelanjaan kecemasan perubatan semasa perjalanan.
  • Sekiranya anda telah membeli insurans tambahan, anda adalah dinasihatkan supaya menyemak semula TERMA-TERMA  yang terkandung di dalam polisi insurans tersebut bagi memastikan bahawa perlindungan yang diperolehi mencukupi.
  1. EL IZZAH TRAVEL AND TOURS SDN. BHD. SEBAGAI PIHAK KETIGA/PIHAK BERKECUALI
  • El Izzah Travel And Tours Sdn. Bhd. adalah hanya perantara di antara anda dan syarikat penerbangan, syarikat hotel penginapan, syarikat pengangkutan dan/atau pengendali mana-mana syarikat penerbangan atau pengangkutan, hotel penginapan atau mana-mana pembekal yang berkaitan dengan pakej anda.
  • Oleh yang demikian, El Izzah Travel And Tours Sdn. Bhd. TIDAK boleh dipertanggungjawabkan bagi apa-apa kehilangan, kerosakan, kelewatan, kesusahan atau kecederaan yang menimpa anda akibat dari pecah kontrak, peninggalan samada disengajakan atau TIDAK atau kecuaian oleh syarikat penerbangan, syarikat hotel penginapan, syarikat pengangkutan dan/atau pembekal perkhidmatan (ground supplier).
  1. MENARIK DIRI/PEMBATALAN
  • Jemaah yang telah membuat pengesahan untuk mengikuti pakej umrah akan tertakluk kepada Akta Perlancongan untuk menarik diri.
  • Sekiranya jemaah/peserta menarik diri selepas membuat bayaran deposit maka pihak El Izzah Travel And Tours Sdn. Bhd. akan membuat penolakan 35% (RM350) dari bayaran deposit dengan serta merta.
  • Bakal jemaah yang membatalkan pakej yang telah ditempah juga tertakluk pada syarat-syarat pembatalan yang telah ditetapkan oleh syarikat kami.
  1. PEMBAYARAN

Bayaran boleh dibuat dengan cara:

  • Bayaran deposit sebanyak RM 1,000 boleh dibuat melalui tempahan di website rasmi Mampu Umrah melalui sistem Billplz yang dijamin selamat.
  • Bayaran wang tunai (cash) di pejabat HQ kami yang beralamat di:

“33 & 35 Jalan Wawasan, Pusat Perniagaan Wawasan, 86200 Simpang Renggam, Johor

  • Cek atau Bank Draf atas nama “EL IZZAH TRAVEL AND TOURS SDN. BHD.
  • Pindahan wang (transfer) ke akaun bank syarikat:

No Akaun: 5511 9110 7318

(EL IZZAH TRAVEL AND TOUR SDN. BHD.)

(Sila emelkan bukti pembayaran ke elizzahtravel@gmail.com)

(Hotline: 011-1080 2800 / 011-1080 3800)